Rabu, 27 Jun 2012
Dosakah cinta??
Cinta, lumrah bagi hakikat tiap yang bernyawa. Fitrah bagi tiap yang ada. Rahmat jua bagi yang memilikinya. Ia juga hakikat bagi yang diciptakanNya. Tanpa cinta, tidaklah hidupan itu rasa nikmat di atasnya namun sunyi jua hidup pastinya. Dan dengan cinta jua, bisa menjadikan yang berada di dalamnya leka dan alpa pada Sang Pencipta. Adakah dosa bagi insan yang mendambarkannya? Adakah sempurna hidup tanpanya? Hanya Dia jawapan yang nyata.
Difitrahkah akan Hawa itu bagi Adam a.s. Sebagai teman, sebagai kawan, sebagai pemenuh keindahan tatkala Adam tunduk kesunyian walau di dalam syurga idaman. Tanpa cinta, apakah mungkin Ibrahim a.s itu menangis, tatkala anaknya yang tunggal itu ditakdir agar dihadap kepada Ilahi untuk bukti tulus cinta pada Pencipta? Dengan cinta juga, bikin Zulaika pernah gila akan tampannya manusia sempurna Yusuf a.s yang baik pula adap tuturnya. Inilah cinta yang punya pelbagai dan cerita, buat pedoman tiap manusia.
Kerana cinta Abu Bakar taat dan setia, Umar buang angkuh di jiwa, Usman sanggup menggadai jiwa dan Ali rela pertaruhkan nyawa. Kerana cinta Saudagar Khadijah sanggup dihina, taat tak berbelah pada suaminya, demi cinta mengejar syurga. Adakah cita masih berdosa?
Cinta itu suci. Cinta itu murni. Kerana itu sifat-Nya, Rahman itu budi-Nya dan Rahim itu ciri-Nya. Dia lah kekuatan cinta yanh Hakiki. Jangan dinodai akan sucinya dengan sifatmu yang berubah bagai habuk ditiup angin, mudah condong tidak bertiang, hilang arah buta diwaktu siang.
Sucikan cintaMu dengan tangis dan taat, suburkan rasa dengan i'tikad dan keringat lalu tamlah pohon iman itu dengan jagaan 6 syarat melalui 5 batas tanaman. Maka percayalah, cinta duniamu telah tertulis, lalu kau ketemu selepas cinta Tuhan kau tunaikan...
Jika kau benar cinta padaNya, jangan seperti kisah kau melepaskan rama-rama. Tetapi buanglah ingin keduniaan seperti kau curahkan air di lautan.
"Cinta Allah Cinta yang pasti"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan