'Ana' pernah terfikir, betulkah kita ini disayangi tuhan? Dan 'ana' juga pernah tanya pada diri, betul ke cinta tuhan wujud dalam semua manusia? Habis tu, kenapa kita diberi masalah yang banyak kalau dia cintakan kita? Bila anda baca, mesti anda rasa 'ana' pernah jadi "Freethinker". Tidak, 'ana' cuma pencari yang mulai menemui apa yang dicari. Sama seperti para nabi dan rasul, serta wali-wali dan mu'alaf-mu'alaf pada peringkat awalnya. 'Ana' jumpa jawapannya perlahan-lahan.
Pertama sekali 'ana' nak tekankan, "PERCAYA ADANYA TUHAN". Kalau tak kita takkan jumpa punca yang paling asas iaitu "KENAPA ADA MASALAH??". 'Masalah' ialah suatu tembok besar yang menghalang litar hidup anda, dan 'Penyelesaian' adalah bagaimana anda melepasinya. Sama ada anda lompat, ikut kiri, ikut kanan, ikut bawah, tebuk.... semua tak jadi salah. Kerana itu yang anda mahu. Apa yang bakal 'ana' katakan nanti, kalian silalah fikir. Mungkin ada persamaan mungkin juga ada perbedaan. Manusia sama sifatnya, tapi hati tetap tak sama. Apa yang 'ana' nk ajar cukup mudah. Boleh gunakan bila anda dilanda masalah. Gunakan terapi 'Alif, Ba dan Ta' untuk kembali kepada cintanya.
Alif- ingat
Ingatlah bahawa segala masalah yang berlaku telah ditakdirkan atas kita. Baik atau buruk, ia tidak boleh diubah. Ke kiri tak boleh lari, ke kanan pun tak boleh. Tapi takkan nak telan masalah 'bulat-bulat'? Ingat, sedangkan sakit ada ubat ('ana' ingin nyatakan bahawa mati juga adalah ubat), inikan pula setakat masalah. Mula berkata "Aku redha ya Allah.... semoga akhirnya kebaikan yang tidak aku sangkakan" dengan senyum :-)
Ba-Bawa Bertenang
"Jangan Melatah"... "Be Cool Bebeh"...... take your time. Marah-marah, nangis takleh hilangkan masalah. Makin kusut jadinya nanti. Masa ini ingat, jangan cari "Siapa?" tapi cari "Apa?". Jika ia dilakukan individu, maafkan. Jika ia dilakukan situasi, redhakan. pada waktu ini 'ana' mahu kalian tarik nafas dalam-dalam dan berkata "Aku berlindung dari Syaitan yang Direjam, fitnah Dajjal dan ampunku atas kezalimanku". Kemudian kembali senyum... Cari solution dari awal sebelum kejadian berlaku, mulai mengaudit DIRI SENDIRI.
Ta-Tawakal
Apa pun yang berlaku, ia masa silam. Bila dah jumpa masalah, solve sebaik mungkin. Komunikasi yang baik perlu dalam anda menyelesaikan masalah. Luahkan pada kawan yang dipercayai jika perlu, atau tidak, "Lebih Baik Pada Tuhan". Elakkan terlalu awal berkata "YES" tetapi lebih manis mulai dengan "Alhamdulillah". Senyum semula pada diri, dongak ke langit dalam 5 saat dan berdoa "Aku telah berusaha seperti takdir-Mu, kini kuserahkan akhirnya dalam ketentuan-Mu". Cari siapa yang mencetuskan masalah dan berkata padanya dengan senyum "Syabas, anda membuatkan saya menjadi hamba yang bersyukur".
"Jika diamalkan, ia mampu meredakan masalah anda. Kerana Tuhan bersama kita"
"masalah itu akan berteman, ia tidak pernah datang bersendirian.
penyelesaian juga perlukan teman, ia tidak boleh selesai sendirian"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan