Rabu, 27 Jun 2012

Belajar dari semut...


Tubuhnya kecil. Ada hitam, ada merah, tapi ia tetap semut jua. Bagai manusia ada bangsa dan sukunya, tapi tetap manusia juga. Ada yang kecil suka melata dan ada yang besar gigit berbisa, banyak sifatnya juga seperti kita bangsa manusia. Hakikatnya ia makhluk takdir Pencipta. Tidak pernah dia merungut, jauh sekali makhluk ini mengeluh. Tetapi tetap syukur bahkan kerja keras demi bangsanya.

Hidup yang sukar dan bosan dilalui dengan tenang, tetap disiplin, taat dan patuh demi anak-anak pewaris generasi. Bekerja dalam kumpulan tidak sesekali membangkit sikap tamak, bahkan semakin dipupuk semangat bekerjasama. Langkah perlahan dan lambat memungkinkannya menjadi santapan pemburu unggas atau mati tanpa kasihan. Walau kecil namun kekuataanya tidak dinafikan, mampu menggerakkan bangkai kupu-kupu dipertengahan jalan. atau daun-daun yang kekeringan jika diperlukan.

Ada yang geli, ada yang membuli. Itulah nasib si kecil yang budiman membersihkan kotoran tanpa upah dan ganjaran.

Jika direnungkan, andai pahala itu juga dimiliki oleh semut, pasti ia lebih dahulu masuk syurga. Kenapa? Kerana semut makhluk yang bersyukur dengan sifatnya. Tidak mengeluh dalam kerjanya bahkan amanah dipikul dengan jujur dan istiqamah. kerjanya ikhlas Lillah hi Taala. Andai kubu diganggu-gutat, pasti tak gentar jiwanya 'Berjihad'. Walaupun kuat, tiada riak syirik khafi walau sekecil diri. Taat pada khalifah yang adil tiada berbelah bagi walau tiada Demokratik. Dan yang penting, bangsanya bukan meletakkan sumber sebagai matlamat terus hidup, tetapi zikir pada Ilahi yang pasti andai hilang kata dihati barang sedetik, jawapan pasti baginya 'Adalah Mati'.

Walau manusia makhluk sempurna, Allah s.w tetap jadikan alam guru Dai'e yang berguna. Subahanallah.... Maha suci-Nya yang menciptakan tiap sesuatu dengan tujuan dan pedoman. Semoga iktibar semut mendewasakan iman kita dalam amal. Ya Allah, Amin......

Dosakah cinta??



Cinta, lumrah bagi hakikat tiap yang bernyawa. Fitrah bagi tiap yang ada. Rahmat jua bagi yang memilikinya. Ia juga hakikat bagi yang diciptakanNya. Tanpa cinta, tidaklah hidupan itu rasa nikmat di atasnya namun sunyi jua hidup pastinya. Dan dengan cinta jua, bisa menjadikan yang berada di dalamnya leka dan alpa pada Sang Pencipta. Adakah dosa bagi insan yang mendambarkannya? Adakah sempurna hidup tanpanya? Hanya Dia jawapan yang nyata.


Difitrahkah akan Hawa itu bagi Adam a.s. Sebagai  teman, sebagai kawan, sebagai pemenuh keindahan tatkala Adam tunduk kesunyian walau di dalam syurga idaman. Tanpa cinta, apakah mungkin Ibrahim a.s itu menangis, tatkala anaknya yang tunggal itu ditakdir agar dihadap kepada Ilahi  untuk bukti tulus cinta pada Pencipta? Dengan cinta juga, bikin Zulaika pernah gila akan tampannya manusia sempurna Yusuf a.s yang baik pula adap tuturnya. Inilah cinta yang punya pelbagai dan cerita, buat pedoman tiap manusia.



Kerana cinta Abu Bakar taat dan setia, Umar buang angkuh di jiwa, Usman sanggup menggadai jiwa dan Ali  rela pertaruhkan nyawa. Kerana cinta Saudagar Khadijah sanggup dihina, taat tak berbelah pada suaminya, demi cinta mengejar syurga. Adakah cita masih berdosa?







Cinta itu suci. Cinta itu murni. Kerana itu sifat-Nya, Rahman itu budi-Nya dan Rahim itu ciri-Nya. Dia lah kekuatan cinta yanh Hakiki. Jangan dinodai akan sucinya dengan sifatmu yang berubah bagai habuk ditiup angin, mudah condong tidak bertiang, hilang arah buta diwaktu siang.






Sucikan cintaMu dengan tangis dan taat, suburkan rasa dengan i'tikad dan keringat lalu tamlah pohon iman itu dengan jagaan 6 syarat melalui 5 batas tanaman. Maka percayalah, cinta duniamu telah tertulis, lalu kau ketemu selepas cinta Tuhan kau tunaikan...




Jika kau benar cinta padaNya, jangan seperti kisah kau melepaskan rama-rama. Tetapi buanglah ingin keduniaan seperti kau curahkan air di lautan.

"Cinta Allah Cinta yang pasti"

Ahad, 24 Jun 2012

Dalam masalah? Dapatkan cinta-Nya semudah Alif, Ba, Ta..!!


'Ana' pernah terfikir, betulkah kita ini disayangi tuhan? Dan 'ana' juga pernah tanya pada diri, betul ke cinta tuhan wujud dalam semua manusia? Habis tu, kenapa kita diberi masalah yang banyak kalau dia cintakan kita? Bila anda baca, mesti anda rasa 'ana' pernah jadi "Freethinker". Tidak, 'ana' cuma pencari yang mulai menemui apa yang dicari. Sama seperti para nabi dan rasul, serta wali-wali dan mu'alaf-mu'alaf pada peringkat awalnya. 'Ana' jumpa jawapannya perlahan-lahan.

 "Mencari Cinta Tuhan"

Pertama sekali 'ana' nak tekankan, "PERCAYA ADANYA TUHAN". Kalau tak kita takkan jumpa punca yang paling asas iaitu "KENAPA ADA MASALAH??". 'Masalah' ialah suatu tembok besar yang menghalang litar hidup anda, dan 'Penyelesaian' adalah bagaimana anda melepasinya. Sama ada anda lompat, ikut kiri, ikut kanan, ikut bawah, tebuk.... semua tak jadi salah. Kerana itu yang anda mahu. Apa yang bakal 'ana' katakan nanti, kalian silalah fikir. Mungkin ada persamaan mungkin juga ada perbedaan. Manusia sama sifatnya, tapi hati tetap tak sama. Apa yang 'ana' nk ajar cukup mudah. Boleh gunakan bila anda dilanda masalah. Gunakan terapi 'Alif, Ba dan Ta' untuk kembali kepada cintanya.






Alif- ingat
Ingatlah bahawa segala masalah yang berlaku telah ditakdirkan atas kita. Baik atau buruk, ia tidak boleh diubah. Ke kiri tak boleh lari, ke kanan pun tak boleh. Tapi takkan nak telan masalah 'bulat-bulat'? Ingat, sedangkan sakit ada ubat ('ana' ingin nyatakan bahawa mati juga adalah ubat), inikan pula setakat masalah. Mula berkata "Aku redha ya Allah.... semoga akhirnya kebaikan yang tidak aku sangkakan" dengan senyum :-)


Ba-Bawa Bertenang
"Jangan Melatah"... "Be Cool Bebeh"...... take your time. Marah-marah, nangis takleh hilangkan masalah. Makin kusut jadinya nanti. Masa ini ingat, jangan cari "Siapa?" tapi cari "Apa?". Jika ia dilakukan individu, maafkan. Jika ia dilakukan situasi, redhakan. pada waktu ini 'ana' mahu kalian tarik nafas dalam-dalam dan berkata "Aku berlindung dari Syaitan yang Direjam, fitnah Dajjal dan ampunku atas kezalimanku". Kemudian kembali senyum... Cari solution dari awal sebelum kejadian berlaku, mulai mengaudit DIRI SENDIRI.




Ta-Tawakal
Apa pun yang berlaku, ia masa silam. Bila dah jumpa masalah, solve sebaik mungkin. Komunikasi yang baik perlu dalam anda menyelesaikan masalah. Luahkan pada kawan yang dipercayai jika perlu, atau tidak, "Lebih Baik Pada Tuhan". Elakkan terlalu awal berkata "YES" tetapi lebih manis mulai dengan "Alhamdulillah". Senyum semula pada diri, dongak ke langit dalam 5 saat dan berdoa "Aku telah berusaha seperti takdir-Mu, kini kuserahkan akhirnya dalam ketentuan-Mu". Cari siapa yang mencetuskan masalah dan berkata padanya dengan senyum "Syabas, anda membuatkan saya menjadi hamba yang bersyukur".






"Jika diamalkan, ia mampu meredakan masalah anda. Kerana Tuhan bersama kita"







"masalah itu akan berteman, ia tidak pernah datang bersendirian.
penyelesaian juga perlukan teman, ia tidak boleh selesai sendirian"

Jalan Kembali atau Jalan Pulang???

Suka dan tangis, tawa dan sendu..... Dua perkara yang jauh perlakunya, juga jauh sifatnya. Persamaan! ia ada pada manusia. Lumrah hidup ibarat roda, ada masa diatas, ada masa dibawah. Namun apabila kita kembali dibawah, adakah kita menyesal dengan masa yang telah dilaburkan secara sia-sia??

Jalan kembali pula dicari, tapi terlalu sukar untuk berpatah balik. banyak dugaan dan rintangan. Nama, pangkat, harta, keluarga dan rakan menjadi taruhan. Mungkinkah hilang? Mungkin ia  menjauh? Atau ia kembali dengan erat?
Tiada Jawapan yang pasti.

Tak kurang juga ada yang tersungkur, rebah dalam pangkuan dunia disisi kiri. Ada pula yang hampir berjaya, namun jawapan pada akidah ia kurang pasti (ragu dan curiga). Yang lebih mendukacitakan, ada juga yang kembali sebelum sempat ia berundur menjejak bayang langkah.

Apakah mungkin ada jalan pulang? Atau tuntasnya ia sekadar omongan karut yang tidak bisa wujud? Ayuhlah pembaca... Izinkan 'ana' wakilkan nasihat-Nya.

Benar! Masa itu tidak boleh kembali. Walau ia diseru dipanggil ia tetap pergi. Harganya yang terlalu mahal telah dibazirkan waima masakan emas juga dibuang merata inikan pula masa itu yang berlalu pergi. Jawapan 'ana', biarkan......... ia bukan milik kita.

Walau berat, walau sukar, ia tetap telah berlalu.. usah dikenang. Hidup bukan novel, hidup bukan dokumentari. tapi hidup lakonan misteri yang ditetapkan Ilahi sejak azali. Baik atau buruk, kita jualah watak utamanya.
Harta, pangkat, nama dan keluarga? Biarkan ia pergi, dan jika ia kembali maka ia sahabat yang setia. Itupun jika datangnya sama dengan azam baru kita, bukan niat kembali dihina.

Jiwa yang bersedia mengorak langkah mengundur di jalan adalah jiwa yang sedia dengan tentera yang besar. Siap dengan barisan pemanah 'ilmu', penunggang 'usaha', perajurit 'amal' dan benteng 'tawakal'. Usaha itu bukan seperti berjalan di bumi, tetapi seperti mendaki ke langit. Makin langkah diatur, makin ia mengundang musibah, makin tinggi capai didaki, makin ia munggundang padah.

Apapun, percayalah..... Jiwamu telah lama berkata "Ya" dan jangan pula kau basahkan lidah dengan "Tidak" pada kebaikan yang menyeru di angin lalu.

Dakilah, bersama azam dan tekad. Jika tanggamu goyah, carilah 'ulama' pemegang sokongan. Jika tanggamu rapuh, carilah 'Quran dan Hadis' tali pengikat. Jika engkau mulai gayat, carilah 'amal' ambah penyelamat.

Dia menantimu wahai manusia, dia ada bersamamu. Walau siapapun dikau, 'rumahnya' sentiasa terbuka buat tetamu yang datang. Percayalah! dia telah semakin hampir. Cuma niat yang membukakan hijabmu dengan-Nya. dia ada di balik pintu, setia menantimu dengan 'air' membasuh tekak penat keringatmu.

Percaya pada Dia. Sayang pada Dia. Cinta pada Dia...... maka jawab-Nya.
 "SELAMAT DATANG" dengan wajah-Nya yang senyum dan suka.


Rundingan Nurani

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani



Allah, tiada tuhan melainkan dia dan semulia sifatnya yang menciptakan kita sebagai sang juara yang telah bertungkus lumus dan berlumba-lumba dari awal penciptaan. Dialah Maha Juara dari kita yang tercicir dibelakangNya. Dalam kekalahan kita, dibantu pula olehnya dengan mengutus Para Pembantu yang taat, Nabi-Nabi dan Rasul serta para ilmuan Islam dan wali-walinya agar kita bisa bangkit dan meneruskan kembali berlari di litar mengejar tempat pertama iaitu "CintaNya"

Cinta yang diakhir garisan.... itulah cinta Abadi. Dan dalam lumrah kita sebagai 'pelumba dunia', adakalanya kita tersungkur lagi dan lagi. Ada yang telah lebam, ada yang bengkak, tak kurang ramai yang terseliuh dalam perlumbaan ini, namun cinta abadi yang dikejar takkan padam dengan mudah. (Tahniah kepada anda)

Namun, pelumbaan ini kian lama kian malang. Tanpa disedari, bila mana kita toleh ke belakang, pasti dapat dilihat mereka yang kecundang dengan sedih. Ada yang berpatah arah dan belari pula ia songsang ke belakang, ada yang dipapah keluar dari litar ke litar yang lain, dan juga pelari yang berhenti tidak jumpa arah waima ia jelas dihadapan mereka. Subahanallah....



Agak kabur?

Dalam cerita ini, ana ceritakan tentang kita dan tentang ana (about we and about me). Dari awal kita sejak dicipta adalah satu mahluk yang berlumba-lumba berlari masuk ke sarang ibu, dan berjaya memenangi dengan hadiahnya 'Lahir ke Dunia'. Namun adakah kita sudah berjaya di tahap ini sahaja? Ana pasti enta/enti ada jawapannya.... Ya! Perjuangan kita "BELUM SELESAI".


Ana menerusi blog ini, mahu berkongsi bersama enta/enti, nasihat untuk ana dan kita...
kerana laman ini adalah meja "Rundingan" membentuk "Nurani" islamiah. Semoga Allah Membantu..
  Insya Allah