Jumaat, 31 Ogos 2012

Biarkan ia terus berputar.....

--



Putaran itu berkekalan, terus dan menerus. Ia tidak akan berhenti...dan jika ia terhenti, hakikatnya ia masih berputar mengelilingi lingkaran meninggalkan kita yang sentiasa kerugian. Dalam putaran itu ada banyak cerita, banyak ragamnya. Mengimbau semua yang berlaku umpama mencedok bayang dari aliran sungai yang tenang, hilang pergi bergitu sahaja.






Setiap putaran itu tidak dituntut oleh semua, sama ada yang memutar atau yang berada disamping putarnya. Dibiarkan ia tanpa bayaran setimpal, walau ia telah berputar menghidupkan semua ciptaan tanpa ada yang ketinggalan dalam putaran yang dilakukan malah dibiar diabai umpama hamba yang dibiar kelaparan.




Adapun mereka yang memahami erti putaran ini merasa kehinaan atas dirinya, memandang langkah putaran itu dengan cinta, atau mahu sekali memahaminya dengan rasa gembira bahagia akhirnya pada putaran yang seterusnya. Darwis ini akan berputar dan terus berputar hingga kita asyik dengan seninya, bagai tenggelam dalam lautan sayang dan bahagia yang bagaikan berkekalan selamanya.







Siapakah darwis ini yang memutar-mutar dirinya dalam kelompok sufi tasawur cinta?? Ialah sang "Masa" yang menjadikan kamu leka dan lalai pada setiap langkah pusingan, atau menjadikan kamu berwaspada pada apa yang dizahirkan menjadi urutan. Harus diingat, setiap putaran ada bayarannya, dengan dosa dan pahala serta ganjaran Syurga dan Neraka....






-awasilah masamu... kerana ia mentakdirkan ketetapan yang hakiki...-


--

Rabu, 29 Ogos 2012

Petua Cinta....






-CiNtA-
--



Manusia memang ahli Tasawuf, Aristotle dan Plato  yang mahsyur dalam mentafsir bait-bait cinta, banyak sekali kita dengar kata-kata hikmah tentang cinta. Malah, madah-madah pujangga cinta ini seperti memuncak melambung cinta hingga kita hanyut dalam cinta sufi cinta..... ada kalanya kita tenggelam ke dasar dengan kata cinta yang menyakitkan rasa dan jiwa...


Petua ana mudah, mahu dikongsi bersama kalian.... bukan wajib dipraktikkan... kerana semua telah ditentukan, tapi tak salah menjadi cobaan.....


1)Belajar mencintai Agama...
Kenal si Dia dengan sebaiknya.... nama-Nya, sifat-Nya, hati-Nya, budi-Nya, mahu-Nya, tujuan-Nya.... semua telah tertulis dalam naskah-naskah kitab cinta karyanya bernama Al-Quran dan filemnya berjudul Hadis untuk kamu lebih mencintai-Nya sebelum mencintai dia....




2) Belajar mencintai diri......
Belajarlah mengenal dirimu, apa mahumu, apa kehendakmu, siapa dirimu, dari mana asalmu dan apa tujuanmu...?? Mulai melamar diri dengan bertanya pada hati, adakah kita telah belajar mencintai-Nya sebelum mula membuka cinta pada si dia? Jika belum... belajar mencintai diri agar hanyut dalam Cinta-Nya.... kemudian barulah mencari si dia untuk dicintai kerana-Nya.


3) Belajar mencintai Kebaikan dan Rezkinya...
Kenal sifat yang ada pada kebaikan, dalam soal ini, hati merupakan penterjemah terbaik bagi sifat, termasuk sifat diri.... Cintai kebaikan dan pertahankannya, kerana kebaikan ini mudah hilang hanya kerana syakwasangka dan curiga.. atau ikhlas niat semata kerana dunia....


4) Belajar mencintai Saudara....
Soal ini bukan jawapan yang akan ditanya sekarang.. cuma persoalan ini merupakan isu besar yang sering disoal dan mengundang bencana di Alam Barzakh nanti...."Wa Ikhwanuka??"... pastikan anda mengenali sadara anda.. bercinta dengan kebaikan serta untuk kebaikan... bahagikan cinta sama rata agar semua meraka sedekah kemanisan gula cintamu...



5) Belajarlah mencintai sabar dan duka...
Garam yang masin, Lada yang pedas, Rempah yang pahit ada fungsinya dalam menyedapkan masakan.... inikan pula erti cinta..... sabar dan duka itulah tanda ANDA TELAH DICINTAINYA..!!!, jadi bersabarlah... kerana CINTA ANDA AKAN DIBALAS dengan sebuah kenangan terindah sepanjang hayat anda di dunia dan diakhrit....




...<<<AMIN.... YA ROBBAL ALAMIN>>>.....

Selasa, 28 Ogos 2012

mari dengar.... moga lembut hatimu..


Ya Badrotim (wahai bulan purnama)..... Rasulullah.... sinarmu indah lebih dari dunia dan isinya....

Qasidah...




Qasidah... suatu lantunan suara yang memuji muji Ilahi dan rohaniah manusia kepada Agama. disesuaikan dengan makna bagi qasidah itu sendiri dari perkataan arab bermakna "nyanyi" atau "lagu" yang disesuaikan dengan rentaknya tersendiri membawa alunan menusuk dihati..




Pelbagai lagu yang dimainkan di dalam pembawakan qasidah seperti Burdah, Ya Hanana, Solatun bisalabil Mubin, Marhabban, Ya Hannan Ya Mannan, Muhammadiah, Nurul Mustofa dan lainnya yang mempunyai sejarah dan pendekatan Tasawur yang tersendiri dalam membentuk hati akan cinta ilahi...





Hukum berqasidah menurut sesetengah ulama adalah harus atas dua sandaran.
1) Rasulullah pernah membenarkan Saidatina A'isyah melagukan nasyid.
 2) Rasulullah pernah membenarkan hambanya melagukan nasyid di hari Aidil Fitri.
 3) Tiada nas saheh melarang manusia daripada bersyair malah qias diambil daripada kisah sahabat-sahabat Rasulullah mencipta syair memuji baginda.




Apapun, dalam berqasidah ada hadnya. mengenal mana 1 kewajiban dan larangan adalah suatu perintah. Jangan di"angkat" martabatnya melebihi Al-Quran sendiri. Pilih dengan maknya yang difahami dan rujuk dengan pakar yang mendalami... semoga hidayah Allah dihati.... 



sekian....






Ahad, 19 Ogos 2012

Syawal pemula atau penamat.....


Berlalu sudah sebulan yang penuh barakah, bulan yang dicintai Rasulullah dan para sahabat yang lainnya....Ramadhan. Takbir telah bergema memecah hening malam...

Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allah hu Akbar...




Ya Allah, indah masa yang berlalu dalam Ramadhan ini, banyak sekali kenanganku. Dibulan ini ana pelajari banyak ilmu-Mu. Dalam kesempatan ini juga talah ana gunakan untuk mengorak langkah menyempurnakan tugas sebagai umat Muhammad, beriqbal dan ta'aruf dengan keluarga kekasih duniaku. Semoga Allah menjadikan jodoh buat kita kerana Dia yang Menvintai cinta kita. Amin.





Syawal, bulan permulaan bagi kita untuk terus berdikari.... setelah sebulan kita belajar beribadat dengan penuh khusyuk dan telus ikhlas. Juga sebuah pengakhiran bagi kita untuk menyusuri kegagalan kita yang lalu dalam menjadi umat yang teus alpa dan leka. Moga Allah menjadikan kita berubah kerananya. insyaAllah.




Dikesempatan ini, ana inhin mengucapkan :-

Amun idul al-fitri, minnal aidil wal afizin...... 





Ahad, 22 Julai 2012

Tunjukkan Kami Jalan Pulang.....

Hidup ibarat perantau, yang mengembara dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Dan dibumi kita singgah sebentar mencari bekalan sebelum meneruskan langkah ke destinasi lain. Ada yang mengumpul bekalan makanan, minuman, membaiki kenderaan dan ada pula yang mengumpulkan barang yang tidak diperlukan seperti cenderamata, emas perak dan sebagainya hingga pasti muatannya nanti melambatkan perjalanan mereka.

Ada juga perantau ini yang terus mendirikan rumah yang besar dan indah, waima ianya hanyalah tempat persinggahan jua. Ada juga yang tidak mengumpul bekalan tetapi menagih-nagih dari yang telah mengumpulnya. Turut sama dari mereka yang telah ada bekalan, tapi belum masa sesuai baginya bertolak, mereka mengambil jalan pintas bergerak sendiri akhirnya pergi dalam kesesatan.



Inilah lumrah kehidupan yang ditempuhi setiap manusia. Bermula dari Alam Roh berpindah ke Alam Rahim, dari Alam Rahim ke Alam Dunia, berhijrah ke Alam Barzakh berimpun di Mahsyar sebelum ke Syurga dan Neraka.




Dunia persinggahan adalah tempat mengumpul bekalan sebelum meneruskan langkah bermusafir seterusnya. Bekalan yang dikumpul adalah makanan Iman dan minuman Islam, ubatan Akhlaq dan tunggangan Akidah. Berbekalkan matawang Al-Quran dan Hadis, kita membelinya dari satu-satunya penjual yang ada dan terkenal iaitu Allah s.w.t yang teramat Pemurah dan terkenal dengan pemberian lipat gandanya dari hanya satu pembelian terbaik bernama Ikhlas.



Pastikan kederaan berada dalam keadaan baik, bekalan mencukupi dan ada perlindungan untuk langkah seterusnya. Upahlah Solat dan Ibadat menjadi pelindung agar tidak dirompak oleh penyamun Syaitan dan Iblis yang mahu pengembara mati kekeringan ditengah jalan tandus.


Lihat masa yang berdetik, apa mungkin nama kalian akan tercatat pada minit seterusnya untuk memulakan perjalanan seterusnya? Wallahua'lam....

Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan Kareem.....


Amun idul Ramadhan Kareem, insyaAllah barakah Allah melimpah ruah di dalamnya.

Lama benar ana tak update blog ini, ana mohon maaf, walau belum ada yang menjadi sahabat ana, tapi ana yakin ada pembaca di luar sana yang telah membaca. Tidak mengapa, apa yang penting ilmu dan nasihat ana dapat dikongsi bersama. Memulakan "usrah" rundingan mendidik rohani mendisiplinkan nurani menghadap ilahi... InsyaAllah.

Banyak kenangan ana memulakan Ramadhan tahun ini, semoga ana berjaya menempuh bulan kesayangan Rasulullah s.a.w, Para Sahabat dan Ulama (semua ilmuan Islam dahulu memutup kitab-kitab mereka dan hanya membuka Al-Quran di bulan ini) ini hingga ke akhirnya, bukan semata mengejar Lailatul Qadar, tetapi kesempurnaan masa yang panjang menghadap tuhan berbanding 11 bulan lainnya.




Dalam sedar atau tidak, kupasan masa dibulan Ramadhan ini benar-benar mendekatkan kita kepadanya. Mengapa ana berkata demikian, kita selidiki bersama. hidup terbahagi kepada 2 masa mudah dalam seharian iaitu siang dan malam. Sebelum Ramadhan menjelma, dihadiahkan kita satu hari dibulan Sya'ban iatu nisfu syaaban, hari dimana kita kitab kita diangkat dan diserahkan kitab amal baru mencongak amal ditahub berikutnya. Bayangkan bila dapat buku baru, kita isi dengan isi-isi mukadimah yang baik dan diteruskan dengan chapter-chapter awal yang baik iaitu pada bulan Ramadhan, dan diteruskan dari Syawal hingga Sya'ban yang seterusnya.... menarik bukan isi buku ini.. MasyaAllah...

Siang kita mulakan dengan Ibadah Wajib iaitu puasa, yakni menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari kerana Allah. Dalam sedar atau tidak, setiap detik dan saat yang berlalu di siang hari ketika kita berpuasa Allah ganjarkan ia dengan pahala yang tidak mampu dicongak. Itu baru sesaat, cuba kita berapa saat dari mula subuh hingga maghrib? SubhanAllah.. panjang sungggggguhhhhhhhhh masanya. 


Di sebelah malamnya pula, diselimuti umat yang bertakwa dengan Ibadah Sunat, kita bertarawikh dan sebagainya yang mana dijanjikan setiap malam itu dengan kelebihan yang tersendiri yang mana tiada pada bulan-bulan lainnya, bukan hanya 1 malam malah setiap malam. Bahkan dikatakan malaikat berdoa memohon paksaan kepada Allah mengampunkan, menaikkan darjat dan berselawat malaikat beramai-ramai kepada umat yang taat. Dihadiahkan pula 1 malam yang agung, penguhulu segala malam iaitu malam Al-Qadhar yang mana barakahnya lebih meluas dari alam dan seisi-isinya. .... Allah ya Akbar wa Karim wa Rahman.... Maha Pemurahnya Dia.

Apapun, sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga Ramadhan ini menjadikan kita hampir kepadanya, membuka sebuah lembaran baru dalam tatacara kita beribadat. 

Salam Ramadhan dari ana....