-CiNtA-
Manusia memang ahli Tasawuf, Aristotle dan Plato yang mahsyur dalam mentafsir bait-bait cinta, banyak sekali kita dengar kata-kata hikmah tentang cinta. Malah, madah-madah pujangga cinta ini seperti memuncak melambung cinta hingga kita hanyut dalam cinta sufi cinta..... ada kalanya kita tenggelam ke dasar dengan kata cinta yang menyakitkan rasa dan jiwa...
Petua ana mudah, mahu dikongsi bersama kalian.... bukan wajib dipraktikkan... kerana semua telah ditentukan, tapi tak salah menjadi cobaan.....
1)Belajar mencintai Agama...
Kenal si Dia dengan sebaiknya.... nama-Nya, sifat-Nya, hati-Nya, budi-Nya, mahu-Nya, tujuan-Nya.... semua telah tertulis dalam naskah-naskah kitab cinta karyanya bernama Al-Quran dan filemnya berjudul Hadis untuk kamu lebih mencintai-Nya sebelum mencintai dia....
2) Belajar mencintai diri......
Belajarlah mengenal dirimu, apa mahumu, apa kehendakmu, siapa dirimu, dari mana asalmu dan apa tujuanmu...?? Mulai melamar diri dengan bertanya pada hati, adakah kita telah belajar mencintai-Nya sebelum mula membuka cinta pada si dia? Jika belum... belajar mencintai diri agar hanyut dalam Cinta-Nya.... kemudian barulah mencari si dia untuk dicintai kerana-Nya.
3) Belajar mencintai Kebaikan dan Rezkinya...
Kenal sifat yang ada pada kebaikan, dalam soal ini, hati merupakan penterjemah terbaik bagi sifat, termasuk sifat diri.... Cintai kebaikan dan pertahankannya, kerana kebaikan ini mudah hilang hanya kerana syakwasangka dan curiga.. atau ikhlas niat semata kerana dunia....
Soal ini bukan jawapan yang akan ditanya sekarang.. cuma persoalan ini merupakan isu besar yang sering disoal dan mengundang bencana di Alam Barzakh nanti...."Wa Ikhwanuka??"... pastikan anda mengenali sadara anda.. bercinta dengan kebaikan serta untuk kebaikan... bahagikan cinta sama rata agar semua meraka sedekah kemanisan gula cintamu...
5) Belajarlah mencintai sabar dan duka...
Garam yang masin, Lada yang pedas, Rempah yang pahit ada fungsinya dalam menyedapkan masakan.... inikan pula erti cinta..... sabar dan duka itulah tanda ANDA TELAH DICINTAINYA..!!!, jadi bersabarlah... kerana CINTA ANDA AKAN DIBALAS dengan sebuah kenangan terindah sepanjang hayat anda di dunia dan diakhrit....
...<<<AMIN.... YA ROBBAL ALAMIN>>>.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan