--
Putaran itu berkekalan, terus dan menerus. Ia tidak akan berhenti...dan jika ia terhenti, hakikatnya ia masih berputar mengelilingi lingkaran meninggalkan kita yang sentiasa kerugian. Dalam putaran itu ada banyak cerita, banyak ragamnya. Mengimbau semua yang berlaku umpama mencedok bayang dari aliran sungai yang tenang, hilang pergi bergitu sahaja.
Setiap putaran itu tidak dituntut oleh semua, sama ada yang memutar atau yang berada disamping putarnya. Dibiarkan ia tanpa bayaran setimpal, walau ia telah berputar menghidupkan semua ciptaan tanpa ada yang ketinggalan dalam putaran yang dilakukan malah dibiar diabai umpama hamba yang dibiar kelaparan.
Adapun mereka yang memahami erti putaran ini merasa kehinaan atas dirinya, memandang langkah putaran itu dengan cinta, atau mahu sekali memahaminya dengan rasa gembira bahagia akhirnya pada putaran yang seterusnya. Darwis ini akan berputar dan terus berputar hingga kita asyik dengan seninya, bagai tenggelam dalam lautan sayang dan bahagia yang bagaikan berkekalan selamanya.
Siapakah darwis ini yang memutar-mutar dirinya dalam kelompok sufi tasawur cinta?? Ialah sang "Masa" yang menjadikan kamu leka dan lalai pada setiap langkah pusingan, atau menjadikan kamu berwaspada pada apa yang dizahirkan menjadi urutan. Harus diingat, setiap putaran ada bayarannya, dengan dosa dan pahala serta ganjaran Syurga dan Neraka....
-awasilah masamu... kerana ia mentakdirkan ketetapan yang hakiki...-
--
Tiada ulasan:
Catat Ulasan