Hidup ibarat perantau, yang mengembara dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Dan dibumi kita singgah sebentar mencari bekalan sebelum meneruskan langkah ke destinasi lain. Ada yang mengumpul bekalan makanan, minuman, membaiki kenderaan dan ada pula yang mengumpulkan barang yang tidak diperlukan seperti cenderamata, emas perak dan sebagainya hingga pasti muatannya nanti melambatkan perjalanan mereka.
Ada juga perantau ini yang terus mendirikan rumah yang besar dan indah, waima ianya hanyalah tempat persinggahan jua. Ada juga yang tidak mengumpul bekalan tetapi menagih-nagih dari yang telah mengumpulnya. Turut sama dari mereka yang telah ada bekalan, tapi belum masa sesuai baginya bertolak, mereka mengambil jalan pintas bergerak sendiri akhirnya pergi dalam kesesatan.
Inilah lumrah kehidupan yang ditempuhi setiap manusia. Bermula dari Alam Roh berpindah ke Alam Rahim, dari Alam Rahim ke Alam Dunia, berhijrah ke Alam Barzakh berimpun di Mahsyar sebelum ke Syurga dan Neraka.
Dunia persinggahan adalah tempat mengumpul bekalan sebelum meneruskan langkah bermusafir seterusnya. Bekalan yang dikumpul adalah makanan Iman dan minuman Islam, ubatan Akhlaq dan tunggangan Akidah. Berbekalkan matawang Al-Quran dan Hadis, kita membelinya dari satu-satunya penjual yang ada dan terkenal iaitu Allah s.w.t yang teramat Pemurah dan terkenal dengan pemberian lipat gandanya dari hanya satu pembelian terbaik bernama Ikhlas.
Pastikan kederaan berada dalam keadaan baik, bekalan mencukupi dan ada perlindungan untuk langkah seterusnya. Upahlah Solat dan Ibadat menjadi pelindung agar tidak dirompak oleh penyamun Syaitan dan Iblis yang mahu pengembara mati kekeringan ditengah jalan tandus.
Lihat masa yang berdetik, apa mungkin nama kalian akan tercatat pada minit seterusnya untuk memulakan perjalanan seterusnya? Wallahua'lam....
Ahad, 22 Julai 2012
Sabtu, 21 Julai 2012
Ramadhan Kareem.....
Lama benar ana tak update blog ini, ana mohon maaf, walau belum ada yang menjadi sahabat ana, tapi ana yakin ada pembaca di luar sana yang telah membaca. Tidak mengapa, apa yang penting ilmu dan nasihat ana dapat dikongsi bersama. Memulakan "usrah" rundingan mendidik rohani mendisiplinkan nurani menghadap ilahi... InsyaAllah.
Banyak kenangan ana memulakan Ramadhan tahun ini, semoga ana berjaya menempuh bulan kesayangan Rasulullah s.a.w, Para Sahabat dan Ulama (semua ilmuan Islam dahulu memutup kitab-kitab mereka dan hanya membuka Al-Quran di bulan ini) ini hingga ke akhirnya, bukan semata mengejar Lailatul Qadar, tetapi kesempurnaan masa yang panjang menghadap tuhan berbanding 11 bulan lainnya.
Dalam sedar atau tidak, kupasan masa dibulan Ramadhan ini benar-benar mendekatkan kita kepadanya. Mengapa ana berkata demikian, kita selidiki bersama. hidup terbahagi kepada 2 masa mudah dalam seharian iaitu siang dan malam. Sebelum Ramadhan menjelma, dihadiahkan kita satu hari dibulan Sya'ban iatu nisfu syaaban, hari dimana kita kitab kita diangkat dan diserahkan kitab amal baru mencongak amal ditahub berikutnya. Bayangkan bila dapat buku baru, kita isi dengan isi-isi mukadimah yang baik dan diteruskan dengan chapter-chapter awal yang baik iaitu pada bulan Ramadhan, dan diteruskan dari Syawal hingga Sya'ban yang seterusnya.... menarik bukan isi buku ini.. MasyaAllah...
Siang kita mulakan dengan Ibadah Wajib iaitu puasa, yakni menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari kerana Allah. Dalam sedar atau tidak, setiap detik dan saat yang berlalu di siang hari ketika kita berpuasa Allah ganjarkan ia dengan pahala yang tidak mampu dicongak. Itu baru sesaat, cuba kita berapa saat dari mula subuh hingga maghrib? SubhanAllah.. panjang sungggggguhhhhhhhhh masanya.
Di sebelah malamnya pula, diselimuti umat yang bertakwa dengan Ibadah Sunat, kita bertarawikh dan sebagainya yang mana dijanjikan setiap malam itu dengan kelebihan yang tersendiri yang mana tiada pada bulan-bulan lainnya, bukan hanya 1 malam malah setiap malam. Bahkan dikatakan malaikat berdoa memohon paksaan kepada Allah mengampunkan, menaikkan darjat dan berselawat malaikat beramai-ramai kepada umat yang taat. Dihadiahkan pula 1 malam yang agung, penguhulu segala malam iaitu malam Al-Qadhar yang mana barakahnya lebih meluas dari alam dan seisi-isinya. .... Allah ya Akbar wa Karim wa Rahman.... Maha Pemurahnya Dia.
Apapun, sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga Ramadhan ini menjadikan kita hampir kepadanya, membuka sebuah lembaran baru dalam tatacara kita beribadat.
Salam Ramadhan dari ana....
Langgan:
Catatan (Atom)